News

Kubu Buku: Baca Inggeris Baca Melayu

30 Mar 2010 - Berita Harian (Sastera)


Laman blog Kubu Buku: Baca Inggeris Baca Melayu, Dua Sahaja Bahasa Yang Aku Tahu, di alamat fadiakiti.blogspot.com berkongsi pengalaman di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 yang diibaratkan sebagai ‘pasar’ yang mengasyikkan kepada peminat buku.

Penulisnya yang juga novelis fiksyen sains. Fadli al-Akiti, meluahkan keghairahan peminat buku terhadap ‘pasar’ yang hingar-bingar dengan penjual dan penerbit buku berlumba-lumba memancing perhatian pengunjung untuk membelek serta membeli buku di gerai masing-masing.

“Kalau matta menambat penggemar pelancong, kini PBAKL 2010 buat penggemar buku dengan jalan sesaknya. beg MOYnya, penjual Linguaphone dan ensiklopedia Kanak-kanaknya serta pekik laung orang yang menjual buku macam pasar keramat pada waktu pagi.

“Saya amat menyukai ‘pasar’ ini kerana ia memang bukan saja hal pembukuan, bahkan buat peminat buku dan aktiviti, strategi dan gaya memasyarakatkan buku oleh penjual dan penerbit buku,” beliau dipetik berkata demikian dalam entri berjudul Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 Datang Lagi!

Mengenai tanggapan bahawa PBAKL tidak lebih daripada destinasi mencari buku teks university. Fadli menolak tanggapan pesimis itu di sebaliknya melihat ia sebagai festival yang boleh member warna-warni kepada perkembangan industri buku.

“Lihat saja pameran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang menjadi gerai tercantik setakat ini dan beberapa penerbit buku lagi seperti PTS dan Karangkraf, sekali gus menjadi cara orang menyemarakkan industri  buku.

“Lihat saja semangat baik badan kerajaan ataupun swata dalam memarakkan lagi semangat ‘Buku Membudayakan Masyarakat’ dan sesallah kawan saya yang masih tak kenal PBAKL itu apa.” beliau dipetik berkata demikian dalam laman terbabit.

Fadli memasang azam untuk membeli buku dalam kuantiti yang sedikit saja selepas meninjau pada hari  kedua PBAKL 2010. tetapi anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan sekitar RM200 meningkat kepada RM1000.

“Beberapa yang sudah  kira akan dibeli ialah Ingin Jadi Masrullah, Fansuri’s Love dan Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah. Mungkin ini saja ‘Penyakit dunia’ yang saya tidak dapat tahan.

“Selain itu kerana tiada satu novel saya keluar tahun lepas sehingga sekarang, saya perlu nyatakan kepada diri saya, ‘duduk menulis daripada duduk membaca, kawan!’ sebagai motto saya,” beliau dipetik berkata demikian.

Fadli turut menghasilkan novel, Jian  terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Saga Horizon (Alaf 21).

Kubu Buku: Baca Inggeris Baca Melayu