Berita

Mengajar Secara Efektif

02 Dec 2011 - Berita Harian (Sastera)


Mengajar Secara Efektif
karya Bryan Coombs adalah siri kepimpinan dan pengurusan sekolah yang menjelaskan kaedah dan cara terbaik bagi proses pembelajaran di dalam bilik darjah termasuk penggunaan bahan pengajaran, persediaan untuk peperiksaan, motivasi untuk pelajar dan termasuk juga cara mengatur bilik darjah yang kondusif.

Buku setebal 107 halaman terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berharga RM25 ini boleh diaplikasikan sebagai alat bantuan mengajar khusus untuk golongan pendidik mempelbagaikan teknik mengajar selain turut menyelitkan tip dan informasi bermanfaat yang boleh dipraktikkan di bilik darjah.

Mengajar Secara Efektif