Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan buku Menjuarai Transformasi, iaitu kesinambungan tiga buku sebelum ini bertajuk Menakhoda Zaman, Jawapan Najib dan Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan, Melangkau Jangkaan.
Buku dwibahasa setebal 158 muka surat itu dihasilkan secara ekocetak menggunakan sepenuhnya bahan mesra alam, sekali gus menjadi buku pertama di Malaysia menerima pengiktirafan SIRIM QAS International Eco-Labelling Scheme.
Ia disunting sekumpulan editor diketuai Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa NTV7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Manja Ismail, diterbitkan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Buku 11 bab itu dijual pada harga RM32 di Semenanjung dan RM37 di Sabah dan Sarawak, antara lain mengandungi aspirasi Perdana Menteri terhadap pembangunan bangsa dan negara serta proses melestari kelangsungan kepemimpinan UMNO di persada politik kebangsaan.
Majis berkenaan disempurnakan Najib selepas merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2011.