Konsep bacaan buku itu, anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang diadaptasi ketika menyertai Frankfurt International Book Fair di Jerman, ialah aktiviti intelektual yang menjadi amalan di kebanyakan negara Barat tetapi tidak pernah dilaksanakan dalam skala formal pada mana-mana acara di Malaysia. Pada program ini, Najib membaca buku hasil tulisan beliau ‘Menakhoda Zaman’ yang dilancarkan untuk pasaran umum sejak Oktober tahun lalu. Kira-kira 100 pembeli buku itu menyertai program ‘bacaan buku’ bersama Perdana Menteri di Gerai ITNM Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. Pada program itu, Perdana Menteri membacakan 23 baris ayat tulisannya yang dipetik dari Bab 5: Pertarungan Minda Perang Masa Depan, muka surat 32 hingga 35, diikuti peserta lain. - Bernama.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam meluangkan masa menjayakan program ‘bacaan buku’ yang julung kali diadakan sebagai kemuncak pengisian aktiviti sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010.