Judul: Mother, El Nino & La Nina (Sang Ibu, El Nino dan La Nina)
Penulis dan Penterjemah: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
ISBN: 978-983-068-357-7
Sinopsis: Buku berbahasa Inggeris ini mengandungi cerita pendek berlatarbelakangkan isu alam sekitar dalam menceritakan pergolakan masyarakat dan nilai kemanusiaan sejagat.
Bab pertama bertajuk Di Sebuah Pantai Di Peru (On A Beach in Peru) memaparkan ancaman kepupusan yang dihadapi oleh singa di sana akibat fenomena El Nino. Fenomena tersebut menyebabkan suhu air laut meningkat, hidupan marin terutamanya ikan mati dan singa laut menghadapi masalah kebuluran.
Sementara bab bertajuk Si Penjual Tisu (The Tissue Seller) menceritakan tentang pengalaman dan perasaan Zain, yang mempunyai seorang ibu cacat penglihatan. Zain membesar dengan menemani ibunya menjual tisu di jalanan selepas waktu sekolah.
Setelah tamat sekolah, Zain sangat memahami dan tersentuh apabila melihat si penjual tisu di restoran seperti yang kita lihat pada hari ini.
Beliau tidak faham kenapa masyarakat di Negara ini lebih berminat membeli rokok, dadah dan pelbagai pil halusinasi berbanding sepeket kertas tisu.