Judul: Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I - Komunikasi, Pendidikan dan Penterjemahan
Penyunting: Hasuria Che Omar, Rokiah Awang, Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin dan Noriah Mohamed
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN: 978-983-068- 265-9
BUKU ini cuba memperlihatkan hubung kait penggunaan bahasa verbal dan komunikasi bukan verbal dalam pelbagai cabang ilmu di Malaysia.
Bahasa verbal bermaksud pengungkapan kata yang bermakna sama ada menerusi pertuturan atau secara bertulis.
Bahasa bukan verbal pula lebih kepada ekspresi muka, gerak isyarat badan, intonasi dan kualiti suara semasa berkomunikasi dan banyak lagi.
Hubung kait itu di dalam buku ini dikaji menerusi 20 buah makalah atau penyelidikan oleh pakar-pakar dalam tiga bidang, iaitu komunikasi, pendidikan dan penterjemahan.
Meskipun kedua-dua corak komunikasi itu digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, namun perkaitannya tidak banyak dikupas sekali gus menjadikan buku ini sangat sesuai sebagai rujukan.
MOHD. KHUZAIRI ISMAIL