Berita

Sehari Sebuah Buku: Sea of Rainbows

09 Sep 2010 - Utusan Malaysia


Judul: Sea of Rainbows (Selaut Pelangi)
Suntingan: Sasterawan Negara Muhammad Salleh
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
ISBN: 9789830683539

Buku ini mengandungi antologi koleksi 17 cerita pendek berkisarkan pelbagai budaya di Malaysia yang ditulis oleh beberapa penulis tempatan yang mewakili pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Bajau dan Iban.

Antara penulis yang terlibat dalam koleksi ini termasuklah Faisal Tehrani, Siow Siew Sing, Uthaya Sankar dan Daniel Jebon Jenaun.

Salah satu cerita yang terdapat dalam koleksi ini bertajuk Bawod, Si Kambing oleh penulis kelahiran Sabah, Jonathan Kandok yang memenangi Anugerah Sastera Malaysia 1998/1999.

Ia mengisahkan keakraban seorang murid Darjah Enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir, Beluntung dengan kambingnya yang diberi nama Bawod. Beluntung menganggap Bawod sebagai rakan baiknya.

Bawod sering dibawa ke sekolah sehingga masuk ke dalam kelas dan Beluntung menjadi ejekan rakan-rakannya.

Apabila Beluntung lulus peperiksaan dengan cemerlang, bapanya begitu gembira kerana tidak ramai penduduk kampong berkenaan yang Berjaya menamatkan sekolah sehingga peringkat tersebut.

Bawod disembelih untuk meraikan kejayaan itu. Beluntung menganggap kejayaannya adalah hasil pengorbanan rakan baiknya yang setia menemaninya ke sekolah.

Sehari Sebuah Buku: Sea of Rainbows