Berita

Terjemahan Karya BM Ke Persada Global

26 Mar 2010 - Utusan Malaysia (Dalam Negeri)


25 Mac - Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) akan memperbanyakkan terjemahan hasil penulisan dalam bahasa Melayu ke bahasa asing bagi memperkenalkan karya-karya Malaysia di persada antarabangsa.

Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron berkata ia merangkumi karya penulis terkenal supaya masyarakat antarabangsa dapat mengenali dengan lebih rapat pemikiran dah budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Setakat ini ITNM telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah negara seperti Jerman, Perancis, Itali, Poland dan negara Asia. Barat bagi mengangkat karya tempatan melalui terjemahan ke bahasa ibunda negara-negara berkenaan.

"Kita akan menterjemahkan karya itu supaya pemikiian dan budaya negara ini dapat diterima dengan mudah di samping memperkenalkan nilai tradisi masyarakat berbilang kaum negara ini," katanya ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mohd Khair berkata, "Proses penterjemahan karya-karya tempatan secara berterusan antara lain akan membantu mempromosikan negara disamping mengembangkan bakat dan mendorong hasil penulisan lebih bermutu."

Menurutnya, antara karya agung yang telah diterjemahkan adalah Sulatatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah karya Tun Sri Lanang ke bahasa Jerman.

"Kita akan menterjemahkan karya-karya yang mempunyai nilai-nilai kenegaraan dan akhirnya karya-karya hebat seperti Hikayat Hang Tuah," katanya.

Terjemahan Karya BM Ke Persada Global