Objektif
- Memberikan khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa.
- Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Meningkatkan prasarana untuk menunjang kelestarian industri terjemahan.
- Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti ke dalam bahasa Melayu.
- Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa lain.
- Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan dan kemahiran berbahasa di kalangan masyarakat serta memperkukuhkan kerjasama dalam penyediaan pendidikan perkongsian melalui latihan industri kepada golongan siswazah.
- Memperluas promosi dan pemasaran khidmat dan produk ITNM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Menyokong dan mendukung segala usaha kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui industri terjemahan.
- Memantapkan keupayaan, kapasiti dan tadbir urus organisasi untuk memberikan khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa.