Khidmat Suntingan

Suntingan bertujuan memastikan semua teks diterjemahkan mengikut gaya bahasa yang tepat, di samping mengelakkan kesalahan lain yang biarpun nampak kecil, namun boleh menjejaskan imej serta penampilan syarikat. Kerja ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara cara terbaik untuk memastikan terjemahan yang dihasikan tepat dan berkualiti. Ini penting kerana anda meletakkan risiko reputasi profesional syarikat kepada ketepatan sesebuah dokumen, khususnya yang diterjemahkan dari bahasa lain.

Bagaimanapun, dengan khidmat suntingan berkualiti tinggi, anda boleh menghela nafas lega kerana setiap tugasan akan disunting editor berpengalaman dan disemak pruf beberapa kali demi memastikan ia bersih daripada sebarang kesilapan. Dengan kualiti sebagai tunjang kerja, editor kami bertanggungjawab memastikan kesempurnaan setiap dokumen yang diserahkan kepada kami.

KADAR BAYARAN

ITNM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain.

Diskaun akan diberikan bagi projek besar.

Bahan boleh diserahkan melalui pos, kiriman faks atau e-mel.

Kadar bagi Khidmat Terjemahan Segera

Nota: Khidmat terjemahan segera akan dikenakan kenaikan harga sebanyak 25% pada hari biasa dan 50% pada hari Ahad atau cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan.