Artikel

Kerjaya

Kursus

Media

Aktiviti

Berita

Khidmat Sokongan

Khidmat berikut juga turut ditawarkan atas permintaan pelanggan:

  1. Atur huruf bahasa asing
  2. Percetakan
  3. Pengesahan dokumen terjemahan (bahan rasmi/undang-undang)

Khidmat Sari Kata

Anda perlukan khidmat sari kata yang berkualiti? Ini antara kepakaran ITNM yang menterjemah setiap dialog dengan mengambil kira aspek budaya demi memastikan ketepatan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton. Ternyata, menterjemahkan dialog dengan budaya yang berlainan adalah sangat mencabar, dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Inilah kelebihan ITNM yang menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat. Hasilnya, sari kata yang terpapar mampu memberikan kepuasan sama seperti pengalaman menonton jalan ceritanya.

KADAR BAYARAN

ITNM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain.

 Diskaun akan diberikan bagi projek besar.

Khidmat Latihan

Jika anda berminat mendalami sesuatu bahasa dan kemahiran menterjemah serta kejurubahasaan, ITNM turut menyediakan khidmat latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana selesa dan menggunakan pelbagai teknik seperti latihan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Semua ini bertujuan menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.

Klik di sini untuk jadual latihan mengikut bulan.

Selain jadual latihan yang tersusun, ITNM juga sedia mengatur latihan atas permintaan dan keperluan pelanggan – di Wisma ITNM atau di lokasi pilihan pelanggan.

NOTA:

  1. Analisis prakursus akan dijalankan untuk menentukan tahap yang sesuai bagi setiap peserta.
  2. Bengkel/latihan/kursus dikendalikan dalam bahasa Melayu.

Berikut ialah latihan yang dikendalikan oleh ITNM:

  1. Latihan Penterjemahan Am
    Ditawarkan secara sepenuh masa (dua minggu) atau sambilan (setiap Sabtu selama 10 minggu), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.
  2. Latihan Bahasa
    Latihan ini ditawarkan mengikut permintaan pelanggan dan istimewanya, peserta tidak sekadar diajar tentang bahasa, tetapi turut didedahkan dengan aspek budaya masyarakat penuturnya.
  3. Latihan Lain
    Turut ditawarkan di ITNM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.

NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.

Latihan dikendalikan dalam bahasa Melayu.

Khidmat Suntingan

Suntingan bertujuan memastikan semua teks diterjemahkan mengikut gaya bahasa yang tepat, di samping mengelakkan kesalahan lain yang biarpun nampak kecil, namun boleh menjejaskan imej serta penampilan syarikat. Kerja ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara cara terbaik untuk memastikan terjemahan yang dihasikan tepat dan berkualiti. Ini penting kerana anda meletakkan risiko reputasi profesional syarikat kepada ketepatan sesebuah dokumen, khususnya yang diterjemahkan dari bahasa lain.

Bagaimanapun, dengan khidmat suntingan berkualiti tinggi, anda boleh menghela nafas lega kerana setiap tugasan akan disunting editor berpengalaman dan disemak pruf beberapa kali demi memastikan ia bersih daripada sebarang kesilapan. Dengan kualiti sebagai tunjang kerja, editor kami bertanggungjawab memastikan kesempurnaan setiap dokumen yang diserahkan kepada kami.

KADAR BAYARAN

ITNM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain.

Diskaun akan diberikan bagi projek besar.

Bahan boleh diserahkan melalui pos, kiriman faks atau e-mel.

Kadar bagi Khidmat Terjemahan Segera

Nota: Khidmat terjemahan segera akan dikenakan kenaikan harga sebanyak 25% pada hari biasa dan 50% pada hari Ahad atau cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan.

Khidmat Kejurubahasaan

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa profesional, mahir dan terlatih untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Tertakluk kepada keperluan dan permintaan pelanggan, ITBM bersedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang yang membabitkan khidmat interpretasi, seranta, berturut, mahkamah dan pengiring pelbagai bahasa bagi urusan perniagaan, persidangan, seminar dan diplomatik. 

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran bagi khidmat kejurubahasaan adalah bergantung kepada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Tempoh projek.
  3. Jenis acara.
  4. Sebarang keperluan lain. 

Potongan harga diberikan mengikut nilai projek.

NOTA: Pelanggan perlu menghubungi ITBM sekurang-kurangnya empat hari bekerja sebelum acara berlangsung. Sila hubungi Bahagian Jualan & Pemasaran Khidmat.

Khidmat Terjemahan

Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.

Di ITBM, kami menyediakan khidmat terjemahan profesional hampir dalam semua bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITBM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Selain itu, editor juga bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber, dan pada masa yang sama, sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Kami memiliki sekumpulan tenaga kerja berkaliber yang terdiri daripada penterjemah dan editor berpengalaman serta pembaca pruf yang teliti. Ini selaras dengan misi kami untuk menawarkan khidmat terjemahan berkualiti tinggi dengan terjemahan yang dihasilkan sama seperti teks sumber. Jaminan kami di ITBM, kami menawarkan khidmat terjemahan dengan kualiti terbaik pada harga yang berpatutan.

PROSES PENTERJEMAHAN DOKUMEN

- Dokumen yang ingin diterjemahkan boleh dihantar melalui e-mel kepada Pegawai Khidmat Pelanggan (masliza@itbm.com.my / amira@itbm.com.my / athiqa@itbm.com.my) dan Bahagian Jualan & Pemasaran Khidmat (sales@itbm.com.my) atau pelanggan boleh datang sendiri ke kaunter Khidmat Pelanggan ITBM.

- Waktu berurusan Kaunter Khidmat Pelanggan ITBM:

  • Isnin - Khamis: Dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Jumaat: Dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu rehat jam 12.30 tengah hari hingga 2.45 petang). 

- Keperluan bagi khidmat terjemahan sijil (sijil kelayakan akademik dan profesional, pasport, surat rasmi kerajaan, sijil lahir dan sebagainya) : 

  1. Jika datang sendiri, pelanggan perlu membawa dokumen asal atau salinan fotostat bahan yang jelas dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun atau Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau pihak yang diperakui pengesahannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 
  2. Jika urus niaga dibuat melalui e-mel, pelanggan perlu menghantar ("imbas/scan") dokumen asal yang diperakui sah oleh pihak yang tersenarai dalam (1) di atas. 
  3. Keterangan/perakuan bertulis sekiranya butiran pada bahan asal tidak jelas atau sila kemukakan dokumen rujukan seperti salinan kad pengenalan, pasport dan sebagainya mengikut keperluan terjemahan bahan. 

- Masa yang diambil untuk menterjemah sekeping sijil adalah minimum tiga (3) hari bekerja. Namun, tempoh ini bergantung pada bilangan halaman, bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen. 

- Bagi penterjemahan bahan selain sijil, masa yang diambil bergantung pada bilangan halaman, bidang (teknikal, undang-undang, sains, umum dan sebagainya), bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.

KADAR BAYARAN

ITBM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain.

Potongan harga diberikan mengikut nilai projek terjemahan.

Bahan yang hendak diterjemahkan boleh diserahkan melalui pos, faks atau e-mel.

Pembayaran 

  1. Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, cek, wang pos, draf bank, deposit tunai. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos, draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama "Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad". Terjemahan hanya akan dilakukan selepas pembayaran dibuat sepenuhnya.  
  2. Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel, pelanggan hendaklah menghantar ("imbas/scan") melalui e-mel bukti pembayaran.

Kadar bagi Khidmat Terjemahan Segera

Nota: Caj tambahan bagi khidmat terjemahan segera dikenakan dengan kenaikan kos tambahan antara 25 peratus - 50 peratus (perkhidmatan ini tidak termasuk hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan Khidmat.

 

Buku Terlaris

Organisasi

Institut Terjemahan & Buku Malaysia atau singkatannya ITBM (sebelum ini dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2020.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia manakala pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan Akta Syarikat 1965, objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM tertakluk kepada Memorandum dan Artikel Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.

ITBM ditubuhkan bertujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan mandatnya yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Disember 2011.

 

Informasi & Media

Khidmat Kami

Alamat & Peta

  • Institut Terjemahan & Buku Malaysia
  • Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E 
    Seksyen 10, Wangsa Maju 
    53300 Kuala Lumpur, Malaysia 
  • (603) 4149 7210 
  • (603) 4149 1535 

Untuk pertanyaan mengenai khidmat terjemahan dokumen, kejurubahasaan, latihan serta pembelian buku, sila hubungi:

  • Bahagian Pemasaran dan Jualan (Khidmat)
  • (603) 4149 7210 (samb. 211)
  • (603) 4149 1535
  • Bahagian Pemasaran dan Jualan (Buku)
  • (603) 4149 7210 (samb. 324)
  • (603) 4149 1535
  • Kaunter Khidmat Pelanggan
  • (603) 4149 7210 (samb. 281/280/217)
  • (603) 4142 2946

PEJABAT PENGARAH URUSAN

  • (603) 4149 7210 (samb. 203)
  • (603) 4143 6281

JABATAN KORPORAT

  • (603) 4149 7210 (samb. 261)
  • (603) 4149 1535
  • Bahagian Perhubungan Awam
  • (603) 4149 7210 (samb. 305)
  • (603) 4149 6281
  • Bahagian Kewangan & Perolehan
  • (603) 4149 7210 (samb. 225)
  • (603) 4142 9219
  • Bahagian Pengurusan & Sumber Manusia
  • (603) 4149 7210 (samb. 268)
  • (603) 4142 9219
  • Bahagian Pentadbiran & Teknologi Maklumat
  • (603) 4149 7210 (samb. 253/230)
  • (603) 4142 9219

JABATAN BUKU MALAYSIA

  • (603) 4149 7210 (samb. 283)
  • (603) 4149 6281

JABATAN TERJEMAHAN DAN PENERBITAN

  • (603) 4149 7210 (samb. 237/292)
  • (603) 4142 0753
  • Bahagian Terjemahan Buku
  • (603) 4149 7210 (samb. 275)
  • (603) 4142 0753
  • Bahagian Terjemahan Dokumen
  • (603) 4149 7210 (samb. 243)
  • (603) 4142 0753
  • Bahagian Latihan & Kejurubahasaan
  • (603) 4149 7210 (samb. 288/279)
  • (603) 4143 2964
  • Bahagian Perancangan Judul & Hak Cipta
  • (603) 4149 7210 (samb. 248)
  • (603) 4143 0753

Katalog Buku

Ahli Lembaga Pengarah

YB Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh
Pengerusi

Dato' Mazri Muhammad
Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri
Merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Dr. Marzuki Mohamad
Pegawai Khas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri
Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Perdana Menteri

Dato' Dr. Rosli Mohamad
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Encik Tajol Azhar Md. Tahir
Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan 
Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia

Dr. Awang Sariyan
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Dato' Dr. Anwar Rethwan
Dekan Fakulti Penulisan
Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA)

Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman Idris
Felo Kanan Penyelidikan
Jabatan Pengurusan Pendidikan, Perancangan dan Dasar, 
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Encik Mohd Khair Ngadiron
Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Terjemahan Negara Malaysia

Misi & Visi

MISI

  • Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju, selaras dengan Wawasan 2020;
  • Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku berkualiti;
  • Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan dan penerbitan buku supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia;
  • Membangunkan modal insan dalam industri penterjemahan dan penerbitan buku.

VISI

  • Untuk menjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku di Malaysia.

Objektif

  1. Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa.
  2. Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti ke dalam bahasa Melayu.
  3. Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa lain.
  4. Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre.
  5. Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  6. Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  7. Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  8. Memantapkan keupayaan kapasiti dan tadbir urus organisasi dalam menyediakan khidmat dan produk ITBM.
  9. Menyokong dan mendukung segala usaha kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui industri terjemahan.
  10. Meningkat dan mengoptimumkan penggunaan prasarana untuk menunjangi kelestarian industri terjemahan dan penerbitan buku.

Mengenai ITBM

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 dengan tujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, menangani urusan berkaitan terjemahan dan kejurubahasaan, selain bertanggung-jawab merangsang usaha pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Dengan modal asas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, dan pentadbirannya yang diuruskan Kementerian Pelajaran, ITNM bergerak selari dengan falsafah korporatnya untuk membina sebuah masyarakat progresif berteraskan sains dan teknologi, serta berusaha memperkaya ilmu dan menggalakkan daya saing negara dalam ekonomi serantau.

Falsafah & Iltizam

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah:

  • Pusat yang memberikan khidmat terjemahan buku, dokumen, maklumat, perisian dan bahan bacaan lain daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa lain.
  • Pusat khidmat kejurubahasaan untuk pelanggan di dalam dan luar negara.
  • Pusat pengembangan profesional yang memupuk kaedah, teknik dan seni terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat dalam pelbagai bahasa.
  • Pusat pengembangan sumber manusia yang melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah, penyunting, jurubahasa dan profesional bahasa yang berkaitan untuk memenuhi keperluan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Pusat rujukan yang menetapkan piawaian dan jaminan mutu terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di Malaysia.

PENGURUSAN

MOHD KHAIR NGADIRON
Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif
mkhair@itbm.com.my
(Sila hubungi Puan Noor Azlina Ahmad (603) 4149 7210 (203) azlina@itbm.com.my) 

JABATAN KORPORAT

SITI RAFIAH SULAIMAN
Ketua Jabatan Korporat
s.rafiah@itbm.com.my
(Sila hubungi Cik Nadiah Saidina Omar (603) 4149 7210 (261) nadiah@itbm.com.my)  

NORANIZA ABDUL AZIZ
Penolong Pengurus Jabatan Korporat
noraniza@itbm.com.my

HASNAFIDAH MD HANAPI
Ketua Bahagian Kewangan & Perolehan
hasna@itbm.com.my

SITI ROHAIZAH HAMZAH
Ketua Bahagian Pengurusan & Sumber Manusia
rohaizah@itbm.com.my

NORZAITI ABDUL TALIB
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
norzaiti@itbm.com.my 

SITI NURAZNIE IBRAHIM
Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Khidmat
aznie@itbm.com.my 

AHMAD SHUAIMI YUNOS
Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Buku
shuaimi@itbm.com.my

ABD KHALIL ZALMI KAMARAZAMAN
Ketua Bahagian Pentadbiran & Teknologi Maklumat
khalil@itbm.com.my

JABATAN TERJEMAHAN & PENERBITAN

SAKRI ABDULLAH
Ketua Jabatan Terjemahan & Penerbitan

sakri@itbm.com.my
(Sila hubungi Puan Nur Liyana Baharun (603) 4149 7210 (237) liyana@itbm.com.my) 

JURINA PIEEI
Ketua Bahagian Terjemahan Buku
jurina@itbm.com.my

RAHAYU IBRAHIM
Ketua Bahagian Terjemahan Dokumen
rahayu@itbm.com.my

NOR AZANIZAN ANAWAR
Ketua Bahagian Latihan & Kejurubahasaan
nizan@itbm.com.my

NUR HANANI LAIDIN
Ketua Bahagian Perancangan Judul & Hak Cipta
hanani@itbm.com.my 

JABATAN BUKU MALAYSIA

MOHD KHAIRULANUAR MANSHOR
Ketua Jabatan Buku Malaysia
anuar@itbm.com.my
(Sila hubungi Puan Siti Syafiqah Abd. Malik (603) 4149 7210 (283) syafiqah@itbm.com.my)