Khidmat berikut juga turut ditawarkan atas permintaan pelanggan:
Anda perlukan khidmat sari kata yang berkualiti? Ini antara kepakaran ITNM yang menterjemah setiap dialog dengan mengambil kira aspek budaya demi memastikan ketepatan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton. Ternyata, menterjemahkan dialog dengan budaya yang berlainan adalah sangat mencabar, dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Inilah kelebihan ITNM yang menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat. Hasilnya, sari kata yang terpapar mampu memberikan kepuasan sama seperti pengalaman menonton jalan ceritanya.
ITNM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:
Diskaun akan diberikan bagi projek besar.
Jika anda berminat mendalami sesuatu bahasa dan kemahiran menterjemah serta kejurubahasaan, ITNM turut menyediakan khidmat latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana selesa dan menggunakan pelbagai teknik seperti latihan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Semua ini bertujuan menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.
Klik di sini untuk jadual latihan mengikut bulan.
Selain jadual latihan yang tersusun, ITNM juga sedia mengatur latihan atas permintaan dan keperluan pelanggan – di Wisma ITNM atau di lokasi pilihan pelanggan.
NOTA:
Berikut ialah latihan yang dikendalikan oleh ITNM:
NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.
* Latihan dikendalikan dalam bahasa Melayu.
Suntingan bertujuan memastikan semua teks diterjemahkan mengikut gaya bahasa yang tepat, di samping mengelakkan kesalahan lain yang biarpun nampak kecil, namun boleh menjejaskan imej serta penampilan syarikat. Kerja ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara cara terbaik untuk memastikan terjemahan yang dihasikan tepat dan berkualiti. Ini penting kerana anda meletakkan risiko reputasi profesional syarikat kepada ketepatan sesebuah dokumen, khususnya yang diterjemahkan dari bahasa lain.
Bagaimanapun, dengan khidmat suntingan berkualiti tinggi, anda boleh menghela nafas lega kerana setiap tugasan akan disunting editor berpengalaman dan disemak pruf beberapa kali demi memastikan ia bersih daripada sebarang kesilapan. Dengan kualiti sebagai tunjang kerja, editor kami bertanggungjawab memastikan kesempurnaan setiap dokumen yang diserahkan kepada kami.
KADAR BAYARAN
ITNM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:
Diskaun akan diberikan bagi projek besar.
Bahan boleh diserahkan melalui pos, kiriman faks atau e-mel.
Kadar bagi Khidmat Terjemahan Segera
Nota: Khidmat terjemahan segera akan dikenakan kenaikan harga sebanyak 25% pada hari biasa dan 50% pada hari Ahad atau cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa yang mahir dan terlatih secara profesional untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Bergantung pada permintaan pelanggan, ITNM sedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang - yang membabitkan acara pelbagai bahasa, atau sebagai jurubahasa pengiring bagi urusan perniagaan dan diplomatik.
KADAR BAYARAN
Kadar bayaran bagi khidmat kejurubahasaan adalah bergantung pada faktor berikut:
Diskaun akan diberikan bagi projek besar.
NOTA: Pelanggan perlu menghubungi ITNM sekurang-kurangnya empat hari bekerja sebelum acara berlangsung. Sila hubungi Unit Latihan dan Kejurubahasaaan.
Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.
Di ITNM, kami menyediakan khidmat terjemahan profesional hampir dalam semua bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITNM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf – untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.
Selain itu, editor juga bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber, dan pada masa yang sama, sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
Kami memiliki sekumpulan tenaga kerja berkaliber yang terdiri daripada penterjemah berpengalaman, editor terbaik, dan pembaca pruf yang teliti. Ini selaras dengan misi kami untuk menawarkan khidmat terjemahan berkualiti tinggi dengan terjemahan yang dihasilkan sama seperti teks sumber. Janji kami di ITNM, kami menawarkan khidmat terjemahan dengan kualiti terbaik – pada harga yang berpatutan.
- Dokumen yang ingin diterjemahkan boleh dihantar melalui e-mel kepada Unit Khidmat Pelanggan (rozana@itnm.com.my / masliza@itnm.com.my) dan Unit Jualan (sales@itnm.com.my) atau pelanggan boleh datang sendiri ke kaunter Khidmat Pelanggan ITNM.
- Waktu berurusan Khidmat Pelanggan ITNM:
- Keperluan bagi khidmat terjemahan sijil (sijil kelayakan akademik dan profesional, pasport, surat rasmi kerajaan, Sijil Lahir dan sebagainya) :
- Masa yang diambil untuk menterjemah sekeping sijil adalah minimum tiga (3) hari bekerja. Namun, tempoh ini bergantung pada bilangan halaman, bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.
- Bagi penterjemahan bahan selain sijil, masa yang diambil bergantung pada bilangan halaman, bidang (teknikal, undang-undang, sains, umum dan sebagainya), bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.
ITNM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:
Diskaun akan diberikan bagi projek besar.
Bahan boleh diserahkan melalui pos, kiriman faks atau e-mel.
Nota: Khidmat terjemahan segera akan dikenakan kenaikan kos tambahan antara 25 peratus - 50 peratus (kecuali hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila hubungiBahagian Pemasaran & Jualan.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 dengan tujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, menangani urusan berkaitan terjemahan dan kejurubahasaan, selain bertanggungjawab merangsang usaha pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Dengan modal asas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia, dan pentadbirannya yang diuruskan Kementerian Pelajaran Malaysia, ITNM bergerak selari dengan falsafah korporatnya untuk membina sebuah masyarakat progresif berteraskan sains dan teknologi, serta berusaha memperkaya ilmu dan menggalakkan daya saing negara dalam ekonomi serantau.
YB Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh
Pengerusi
Dato' Mazri Muhammad
Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri
Merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Dato' Dr. Rosli Mohamad
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Encik Tajol Azhar Md. Tahir
Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia
Dato’ Haji Termuzi Abd. Aziz
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Dato' Dr. Anwar Rethwan
Dekan Fakulti Penulisan
Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA)
Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman Idris
Felo Kanan Penyelidikan
Jabatan Pengurusan Pendidikan, Perancangan dan Dasar,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Encik Mohd Khair Ngadiron
Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 dengan tujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, menangani urusan berkaitan terjemahan dan kejurubahasaan, selain bertanggung-jawab merangsang usaha pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Dengan modal asas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, dan pentadbirannya yang diuruskan Kementerian Pelajaran, ITNM bergerak selari dengan falsafah korporatnya untuk membina sebuah masyarakat progresif berteraskan sains dan teknologi, serta berusaha memperkaya ilmu dan menggalakkan daya saing negara dalam ekonomi serantau.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah:
MOHD KHAIR NGADIRON
Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif
mkhair@itnm.com.my
(Sila hubungi Puan Noor Azlina Ahmad (603) 4149 7210 (203) azlina@itnm.com.my)
SITI RAFIAH SULAIMAN
Ketua Jabatan Korporat
s.rafiah@itnm.com.my
(Sila hubungi Cik Nadiah Saidina Omar (603) 4149 7210 (261) nadiah@itnm.com.my)
HASNAFIDAH MD HANAPI
Ketua Bahagian Kewangan & Perolehan
hasna@itnm.com.my
SITI ROHAIZAH HAMZAH
Ketua Bahagian Pengurusan & Sumber Manusia
rohaizah@itnm.com.my
NORZAITI ABDUL TALIB
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
norzaiti@itnm.com.my
ABD KHALIL ZALMI KAMARAZAMAN
Ketua Bahagian Pentadbiran & Teknologi Maklumat
khalil@itnm.com.my
AHMAD SHUAIMI YUNOS
Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Buku
shuaimi@itnm.com.my
SITI NURAZNIE IBRAHIM
Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Khidmat
aznie@itnm.com.my
MOHD KHAIRULANUAR MANSHOR
Ketua Jabatan Buku Malaysia
anuar@itnm.com.my
(Sila hubungi Puan Siti Syafiqah Abd. Malik (603) 4149 7210 (283) syafiqah@itnm.com.my)
SAKRI ABDULLAH
Ketua Jabatan Terjemahan & Penerbitan
sakri@itnm.com.my
(Sila hubungi Puan Nur Liyana Baharun (603) 4149 7210 (237) liyana@itnm.com.my)
JURINA PIEEI
Ketua Bahagian Terjemahan Buku
jurina@itnm.com.my
RAHAYU IBRAHIM
Ketua Bahagian Terjemahan Dokumen
rahayu@itnm.com.my
NORANIZA ABDUL AZIZ
Ketua Bahagian Latihan & Kejurubahasaan
noraniza@itnm.com.my