Khidmat Latihan

Jika anda berminat mendalami sesuatu bahasa dan kemahiran menterjemah serta kejurubahasaan, ITNM turut menyediakan khidmat latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana selesa dan menggunakan pelbagai teknik seperti latihan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Semua ini bertujuan menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.

Klik di sini untuk jadual latihan mengikut bulan.

Selain jadual latihan yang tersusun, ITNM juga sedia mengatur latihan atas permintaan dan keperluan pelanggan – di Wisma ITNM atau di lokasi pilihan pelanggan.

NOTA:

  1. Analisis prakursus akan dijalankan untuk menentukan tahap yang sesuai bagi setiap peserta.
  2. Bengkel/latihan/kursus dikendalikan dalam bahasa Melayu.

Berikut ialah latihan yang dikendalikan oleh ITNM:

  1. Latihan Penterjemahan Am
    Ditawarkan secara sepenuh masa (dua minggu) atau sambilan (setiap Sabtu selama 10 minggu), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.
  2. Latihan Bahasa
    Latihan ini ditawarkan mengikut permintaan pelanggan dan istimewanya, peserta tidak sekadar diajar tentang bahasa, tetapi turut didedahkan dengan aspek budaya masyarakat penuturnya.
  3. Latihan Lain
    Turut ditawarkan di ITNM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.

NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.

Latihan dikendalikan dalam bahasa Melayu.