Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.
Di ITBM, kami menyediakan khidmat terjemahan profesional hampir dalam semua bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITBM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.
Selain itu, editor juga bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber, dan pada masa yang sama, sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
Kami memiliki sekumpulan tenaga kerja berkaliber yang terdiri daripada penterjemah dan editor berpengalaman serta pembaca pruf yang teliti. Ini selaras dengan misi kami untuk menawarkan khidmat terjemahan berkualiti tinggi dengan terjemahan yang dihasilkan sama seperti teks sumber. Jaminan kami di ITBM, kami menawarkan khidmat terjemahan dengan kualiti terbaik pada harga yang berpatutan.
- Dokumen yang ingin diterjemahkan boleh dihantar melalui e-mel kepada Pegawai Khidmat Pelanggan (masliza@itbm.com.my / amira@itbm.com.my / athiqa@itbm.com.my) dan Bahagian Jualan & Pemasaran Khidmat (sales@itbm.com.my) atau pelanggan boleh datang sendiri ke kaunter Khidmat Pelanggan ITBM.
- Waktu berurusan Kaunter Khidmat Pelanggan ITBM:
- Keperluan bagi khidmat terjemahan sijil (sijil kelayakan akademik dan profesional, pasport, surat rasmi kerajaan, sijil lahir dan sebagainya) :
- Masa yang diambil untuk menterjemah sekeping sijil adalah minimum tiga (3) hari bekerja. Namun, tempoh ini bergantung pada bilangan halaman, bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.
- Bagi penterjemahan bahan selain sijil, masa yang diambil bergantung pada bilangan halaman, bidang (teknikal, undang-undang, sains, umum dan sebagainya), bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.
ITBM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:
Potongan harga diberikan mengikut nilai projek terjemahan.
Bahan yang hendak diterjemahkan boleh diserahkan melalui pos, faks atau e-mel.
Nota: Caj tambahan bagi khidmat terjemahan segera dikenakan dengan kenaikan kos tambahan antara 25 peratus - 50 peratus (perkhidmatan ini tidak termasuk hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan Khidmat.